Tentang kami
Koperasi sekolah ialah tempat murid belajar tentang perniagaan, simpanan dan semangat bekerjasama. Tetapi di sebaliknya, ia diurus oleh guru yang sudah sibuk dengan tugas mengajar.
Rekod keahlian, akaun, dividen, dokumen Mesyuarat Agung Tahunan dan laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sering disimpan dalam buku dan Excel yang bersepah. Apabila guru bertukar sekolah, cara kerja dan rekod ikut hilang.
Misi kami
Kami membina koperasisekolah.com dengan satu matlamat: kurangkan kerja guru. Setiap fungsi direka supaya boleh difahami tanpa latihan, dan kerja yang berulang setiap tahun dijadikan automatik.
Dibangunkan oleh Plexus Access Solution
koperasisekolah.com dibangunkan oleh Plexus Access Solution, syarikat teknologi maklumat yang berpangkalan di Cyberjaya, Selangor. Plexus Access Solution membangunkan sistem perniagaan dan aplikasi web khusus, mengurus pelayan awan, serta membina laman web untuk organisasi di Malaysia.
Pengalaman ini digunakan untuk membina sistem koperasi sekolah yang selamat, stabil dan mudah digunakan oleh guru.
Ketahui lebih lanjut tentang pembangun kami di plexusaccess.com.
Prinsip kami
- Mudah: boleh digunakan oleh guru yang bukan orang IT.
- Patuh: rekod dan laporan disusun mengikut keperluan SKM.
- Selamat: data minimum, diasingkan dan dilindungi.
Koperasi sekolah berdaftar boleh memohon perisian ini secara percuma, tertakluk kepada terma & syarat.