Notis Privasi
Notis ini menerangkan cara koperasisekolah.com mengumpul dan menggunakan data peribadi anda di laman web ini, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data yang kami kumpul
Apabila anda mengisi borang permohonan perisian percuma, kami mengumpul nama sekolah, nama guru penasihat, serta emel atau nombor telefon yang anda berikan.
Tujuan
Data ini digunakan hanya untuk menghubungi anda tentang permohonan anda dan sistem koperasisekolah.com. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
Kuki dan analitik
Laman ini menggunakan Google Analytics untuk memahami cara pelawat menggunakan laman (contohnya halaman yang dibaca dan jumlah lawatan). Google Analytics menggunakan kuki dan mengumpul data secara agregat; kami tidak menggunakannya untuk mengenal pasti individu. Anda boleh menyekat kuki melalui tetapan pelayar anda.
Jika anda membuka borang permohonan melalui pautan agen kami, kod rujukan agen itu disimpan dalam kuki selama 60 hari dan dihantar bersama permohonan anda, supaya permohonan dapat dikaitkan dengan agen yang membantu anda. Kuki ini tidak mengandungi maklumat peribadi.
Penyimpanan
Data disimpan di pelayan kami dengan akses terhad, dan dipadam apabila tidak lagi diperlukan untuk tujuan di atas.
Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam data anda dengan menghubungi kami di [email protected].