Soalan lazim
Jawapan ringkas kepada soalan yang sering ditanya oleh guru dan Anggota Lembaga Koperasi.
Apa itu koperasisekolah.com?
Sistem dalam talian untuk mengurus koperasi sekolah: keahlian dan saham, perakaunan, dividen, dan dokumen Mesyuarat Agung Tahunan, dalam satu tempat.
Adakah perisian ini percuma?
Ya. Koperasi sekolah berdaftar boleh memohon untuk menggunakan perisian ini secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat tawaran.
Siapa yang menggunakan sistem ini?
Guru penasihat, bendahari dan Anggota Lembaga Koperasi untuk urusan koperasi; dan juruwang pelajar untuk kaunter (jika berkenaan).
Adakah laporan ikut format SKM?
Ya. Modul perakaunan disusun mengikut format penyata kewangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia supaya mudah disemak oleh juruaudit dan dihantar kepada SKM.
Koperasi kami sudah ada sistem POS. Perlukah tukar?
Tidak. Data jualan daripada sistem POS sedia ada boleh diimport melalui fail Excel atau CSV, jadi koperasi boleh terus menggunakan kaunter yang sedia ada.
Adakah data ahli selamat?
Data setiap koperasi diasingkan sepenuhnya, peranan kewangan dilindungi dengan pengesahan dua langkah, setiap perubahan direkod dalam audit log, dan data disandarkan setiap hari. Kami hanya mengumpul data minimum.
Perlukah setiap murid ada akaun?
Tidak. Rekod ahli diurus oleh koperasi. Murid tidak perlu mendaftar atau mengingat kata laluan.
Apa berlaku bila guru penasihat bertukar sekolah?
Fungsi Serah Tugas memindahkan semua rekod, dokumen dan tugasan tertunggak kepada guru baru, jadi tiada maklumat yang hilang.
Bagaimana cara untuk bermula?
Isi borang permohonan di halaman Dapatkan Percuma. Kami akan menyemak permohonan dan menghubungi anda untuk persediaan akaun.
Ada soalan lain? Hubungi kami.